Sunday, August 16, 2009

sobahul khair my love

Kadang-kala hati manusia mentafsirkan pelbagai rencana dunia ini melalui kacamata mentaliti yang berbeza.Aksara dunia yang penuh warna-warni…menerbitkan konotasi yang tersendiri.Begitulah lumrah penciptaan manusia…rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Aneh sungguh gelagat insan berakal ini….. saling bertingkahan…yang inginkan kebaikan akan melalui jalan yang betul tapi yang enggan mencari cahaya akan terjerumus dalam lembah kesesatan.Tapi tatkala kita berbicara tentang CINTA…kalimah aneh….. ungkapan yang paling tepat menggambarkan semua situasi yang terjadi dalam buana Allah ini.

Cinta ternyata mempunyai siratan makna yang pelbagai dan melodi maksud yang indah dan syahdu.Cinta turut mengheret manusia menyelami dasar ertinya yang dalam dan terlalu jauh untuk dicapai oleh akal pemikiran insane biasa.Cinta juga biasa mengundang spekulasi dan perspektif yang bervariasi sama ada baik mahupun sebaliknya.Namun tak semuanya bisa membuahkan keindahan dan kebaikan….kerana cinta juga mampu menjahanamkan diri kerana cinta yang hadir tidak dipimpin oleh saluran yang betul.CINTA ITU NIKMAT TETAPI AWAS.Itulah cinta!

Kaki diatur pantas seakan bisa menandingi pantasnya masa yang berlalu.Orang lain yang hadir disekeliling tidak berjaya memperlahankan hayunan langkahnya bahkan semakin laju menuju destinasi.Akhirnya….kelas Tingkatan Lima Ibnu Sina menjelma di hadapan mata lantas terus dimasuki.Tempat duduk barisan paling belakang ditenung…..bersama langkah bertapak menghampiri. matanya melilau menyoroti ruang kelas yang sepi tanpa manusia…….dia duduk di atas kerusi mejanya dan mula menyiapkan kerja sekolah bersama hati yang sebal,geram dan sakit hati yang masih menyala-nyala.

Selang beberapa ketika …..muncul seorang lagi.Susuk tubuh lelaki ini tegap..tiadak asing lagi di pandangan matanya.Insan yang mengerti akan tercetusnya api amarah di hatinya.Bersama senyuman yang sengaja dimaniskan,insan itu mula duduk di meja sebelahnya……matanya yang bercahaya menatap wajah kusut dengan kemarahan di sebelah.Tangannya pantas mencapai sehelai kertas koyak dan mencatatkan sesuatu.Dia tidak peduli akan kehadiran insan tersebut meskipun hatinya sejuk dengan kehadirannya……..secarik kertas dihulurkan bersama beberapa patah perkataan terlakar diatasnya……

“sahabatku yang ku kasihi…..sesungguhnya marah itu api yang tidak bisa dilihat dan semua api akan membakar.Api amarah akan menghangusrentungkan jiwamu sahabatku.Maka tenangkanlah dengan zikrullah……… sesungguhnya dengan berzikir. Hati akan menjadi tenang”.Serentak itu……air mata keharuan menitis.Tangannya menggenggam kertas tersebut.Hati yang marah disimbah dengan air tazkirah lantas terus lenyap segala amarah…… “Syukran..sahabatku.”

“Anta ingat kita ni teringin sangat ke nak jumpa diaorang hah.Kalau diaorang fikir yang kita ni kemaruk sangat nak jumpa diorang kita ni bolehlah nak pergi kat u masing-masing.Kalau setakat nak tunjuk muka lama…buat menyibuk aje kat sini baik tak payah.Dahlah kita nak salam …… buat tak kenal.Senyum pun nak tak nak je balas.Dulu dialah yang bagi tazkirah kat kita semua kalau senyum tu sedekah…..sekarang ni…..senyum pun susah…nak bagi salam apatah lagi.”pernah sekali dia meluahkan ketidakpuasan hatinya.

“Sebelum tu ana nak Tanya anta…..pernah ke kita diajar oleh abang-abang kita tu yang kalau tak senyum maksudnyadia tak layan?Pernah ke diorang beritahu kalau tak tegur kita tu maksudnya diorang tak pedulikan kita lagi?”temannya itu mengajukan persoalan yang dia belum bisa menjawabnya.Dia hanya membisu sambil mataya memulas-muas tombol pen di hadapannya. “Mungkin mereka memang dah tak nak jumpa kita….wallahua’lam tapi patut ke kita rasa macam tu?patut ke kita bertindak meminggirkan mereka setelah sekian lama kita bersama…Cuma kerana lama tak jumpa dan mereka tak datang tegur kita buat kita rasa mereka dah lupa siapa kita di hati mereka?Macam tu?”

Dia teringat peristiwa …….. “Eh,Abang Fahmi datanglah….tengok tu.Abang-abang yang lain pun datang jugak.Kakak-kakak pun ada.Zaid,Ilham…jom kita pergi jumpa diaorang.Rindulah rasa……nak jumpa sebab dah lama tak bersua”

Dia teringat lagi selepas itu……dia cuba menghampiri abangnya yang sudah meninggalkan sekolah itu dan hari itu mereka kembali lagi.Dengan perasaan gembira yang berbunga-bunga dia mampir ……. “Assalamualaikum Abang fahmi…..abang sihat ke?”…….dia yang sudah berdiri bersebelahan abang Fahmi itu…sekadar dijeling dengan raut muka yang langsung tidk menunjukkan keinginan untuk bertemu dengannya bahkan abang Fahmi itu terus berpaling tanpa menyahut sapaan dia bahkan pelajar lain yang jauh dari mereka pula yang dipanggil.Abang Fahmi berlari menjauhi dia dan bertapak ke arah pelajar lain tersebut.

“Ikmal……assalamualaikum…Ikmal sihat?Abang fahmi rindu nak jumpa Ikmal…….” Abang Fahmi yang dia sangka akan gembira bertemunya sebaliknya lebih senang mencari orang lain………dia merasa agak malu,sakit hati dan kecewa.jauh di sudut hatinya dia merasa terkilan.terkilan kerana dia yang sepi kerana mereka yang pergi amat dia rindui dan setelah mereka kembali,dirinya tidak dipeduli.Inilah kata orang-orang tua…habis manis sepah dibuang…dia hanya mengelengkan kepala.

“Sekarang ana dah nekad…dia datang ke dia tak datang ke…..jangan harap ana nak layan…..jangan harap ana nak tengok lagi muka dia kat sini.Pergilah cari orang lain.Pergilah cari Ikmal yang dia sayang sangat tu!!!!”dia membuat janji sendiri…..

Hari itu…Abang fahmi datang lagi..dan kali ini…aku sekadar menjadikannya bayang-bayang dalam hidupku.Mukanya yang dahulu ingin sekali aku tatap…..bicaranya pernah seketika ingin sekali kudengar…dan dirinya ingin sekali aku dampingi tapi kini… semuanya hanyalah sebuah kenangan yang telah lama terbang ke tempat lain hingga aku sendiri tidak ingin menggapainya dan mengimbau semula memori itu.

“Zan…Zan…tunggu Ilham.” Petang itu..Ilham mencariku…untuk apa aku tidak tahu. “Ilham …anta nak apa?” “Semalam…Abang Fahmi tanya ana,kenapa anta tak nak jumpa dia.Masa dia datang…anta buat tak tahu je.Dia minta ana sampaikan salam. Anta tak apa-apa ke?DIa kirim salam dan dia cakap dia rindu sangat kat anta.”

Kenapa sekarang baru perkhabaran itu singgah di telinganya padahal sudah lama dia ingin mendengar berita tersebut????Kenapa baru hari itu dia mendengar sesuatu yang sudah lama dia ingin mendengarnya?Kenapa baru tika itu impiannya yang melangit mahu ketemu sama insan yang amat dirinduinya baru didengarinya sedangkan suatu ketika dahulu…insan tersebut yang sendiri meranapkan harapan itu.Dia menjadi tidak keruan….hatinya menjadi terdiam bisu daripada bahasa-bahasa yang biasanya acap dia ucapkan.Mindanya menjadi sebu…sebal dan sesak……keinginan yang bertingkahan… melaut melawan arus ,menongkah menentang badai belum pasti bisa dia laksanakan.

Soalan karangan yang sedang cuba dia siapkan menjadi tergendala.Perkhabaran yang lewat membuatkan tenaganya menjadi kontang segersang gurun sahara yang setiap masa disimbah terik mentari.Dia menghempaskan keluhan yang dalam.Keluhan yang dia sendiri payah untuk lepaskannya. Keluhan bernada rumit berirama payah.Wajahnya berona durja …menggambarkan sakitnya menanggung kerumitan.

“Dia nak apa?Ana tak nak jumpa dia.Suruhlah dia jumpa orang lain.Suruhlah dia jumpa Adik dia Ikmal yang dia sayang sangat tu.Ana ni mana ada tempat di hati dia.Macam melukut di tepi gantang je.Ikmal tu lainlah……intan payung,manja ,sayang.Pergilah….ana nak siapkan karangan ana ni dulu.”Dia meminta Ilham meninggalkannya dengan gelora perasaannya itu dengan sebaik mungkin namun dia pasti…Ilham merasakan sebaliknya.Maafkanku Ilham…

Petang itu…..Abang Fahmi masih ada lagi.Dia cuba sedaya upaya untuk menjadikannya seperti angin yang tidak terlihat ataupun seperti air yang tidak zahir ataupun orang halimunan yang tidak ternampak. Sentiasa menjauhinya menjadikan dirinya lemas dalam ruang yang sempit.Dunianya seperti terbatas tanpa pagar-pagar penjara yang meyelubungi.Abang fahmi cuba untuk mendekatinya tetapi dia selalu bisa mengelak.

Oh hati….mengapakah aku tidak bisa untuk menipumu meskipun lidahku yang tidak bertulang ini selalu mengungkap dusta….dikau tetap menunjukkan yang sebenarnya.Bukan aku benci menatap wajahnya… tetapi mungkin hatiku sedikit hiba….mengenangkan penantianku selama ini untuk menemuinya… sekadar bertepuk sebelah tangan…..aku sebenarnya malu pada diriku sendiri…menanti bulan jatuh keriba… namun hanya air mataku sendiri yang menitis.Padamu tuhan..aku sandarkan pengharapan. Kau tunjukilah jalanmu yang lurus kepadaku moga-moga aku bisa menjernihkan kembali ikatan ukhuwwah yang selama ini……..aku sendiri yang cuba leraikannya.

“Tanpa ukhuwwah…manusia akan musnah…..Ukhuwwah merupakan elemen yang terpenting dalm pembentukan masyarakat Islam…dan elemen ini datang selepas dan seiring dengan Iman…cacat ukhuwwah maka cacatlah iman…..” Tazkirah maghrib oleh Ustaz Hasyimi malam itu benar-benar menggegarkan tangkai jantungnya yang sedang berdegup itu.Semakin lama semakin kencang. “Orang yang baik ukhuwwahnya adalah orang yang baik akhlaknya kerana sahabat merupakan orang yang menjadi cermin kepada diri seseorang.Maka berkawanlah dengan orang yang mulia akhlaknya. Ibarat seorang yang bersahabat dengan si penjual minyak wangi akan terkena wangiannya dan orang yang berkawan dengan tukang besi akan turut terkena busuk besi tersebut.Barang sesiapa yang tidak bertegur sapa ,melebihi tiga hari…maka tiadalah baginya mencium bau syurga…” Dia menelan air liurnya sendiri……peringatan tersebut terngiang-ngiang kembali di ingatan…… “Barang sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi tiga hari …maka tiadalah baginya mencium bau syurga….” Dia tidak lagi mampu untuk mendengar butiran lanjut mengenai tazkirah maghrib itu kerana mindanya sudah dirasuki dengan baris sabda Rasul tersebut…..terus…dan terus……………………………………..merasuki…………

Dia berdiri sendirian di tempat yang gelap tanpa sekelumit cahaya…….sendirian dengan kakinya yang tiada bersepatu Dia menoleh mengelilingi kawasan sekeliling dengan anak matanya…namun dia tidak bisa melihat….tidak upaya menangkap sebarang bunyi mahupun pergerakan kerana semuanya statik dan tidak bergerak.Sunyi dan hana. Dia cuba melangkah…namun kakinya seperti terikat …… menjadi keras ..tidak bisa bertapak dan melangkah………

Tiba tiba ada bunyi ngauman…ngauman yang kuat sehingga dia sendiri terpaksa menahan telinganya dengan kuat.Semakin lama semakin bingit..Ada cahaya menghampiri dan lembaga mendekati.Gamitan itu…menjadikannya takut dan gementar.Dia cuba lari tetapi tidak mampu untuk menapak walau selangkah.Wajahnya cuba berpaling tetapi seperti ada kuasa yang memaksanya terus menatap bayangan tersebut.Semakin lama semakin jelas dan akhirnya………Lembaga seekor ular datang menerpa… Terus membelit tubuhnya yang hanya sekepal tanah itu…Membelit dan membelit hingga dia merasakan tangan dan kakinya yang sejak tadi cuba menggelupur …meronta melepaskan diri…..telah patah dan tidak lagi upaya bergerak…..di baham belitan ular gergasi tersebut.

Akhirnya…dia kelemasan…..wajahnya dihadapkan kearah…muka ular gergasi tersebut…..Lidah bercabangnya itu…terjelir-jelir keluar mengenai mukanya.Dia sekadar pasrah membiarkan ajal datang mencium dirinya lantas menghantarnya kedunia seterusnya…tetapi ……..tetapi……..tetapi………..

“Kaulah manusia yang busuk akhlak…cacat iman…..buruk pekereti….Manusia yang hanya layak untuk menjadi santapanku ……manusia yang layak menjadi bahan bakar api neraka…..Kau tahu kenapa?” Ular tersebut berkata-kata……… Dia ingin menjawab dan bertanya tetapi tangannya terlebih dahulu bersuara. “Tuan aku ini membenci kawannya yang sudah lama dia kenal.Dia tidak ingin lagi berjumpa dengannya.” Dia terpempan…masakan tangannya bisa berkata-kata…Kemudia kakinya pula berbicara… “Tuan aku ini imannya mandul kerana sudah lebih tiga hari dia tidak bertegur sama dengan sahabatnya.Dia tidak takut untuk merasa seksa api neraka…..”Dia bertambah cemas…dalam keadaan terbelit dia cuba untuk bersuara……..

“Wahai manusia ingkar…maka aku sudah cukup bukti dan cukup saksi akan kedurjanaanmu.maka kau sedialah untuk menjadi habuanku…Hahahaha….hahahaha….Hahaha……”…..Ular tersebut mengangakan mulutnya dan menghampiri mukanya.Dia teramat takut….Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Matanya terbuka…..siling bilik yang putih menjadi tatapan.Nafasnya turun naik dengan pantas. Hembusan nafas kencang dilepaskan.Renik peluh membasahi sekujur tubuhnya……. Astghfirullah… bermimpi rupanya……lailahaillallah……Dia mengelap peluh tersebut….Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi….dia lantas bangun mencapai tuala dan terus menuju ke kamar bersiram untuk memulakan hari baru…………

Ya Allah……seandainya hambamu ini pernah menitiskan dakwat dosa di atas kertas kehidupan…. Maka kau ampunilah kekhilafanku ini.Sesungguhnya akulah insane dengan seribu satu kelemahan. Aku tidak berdaya …tidak berdaya menepis bisikan syaitan yang direjam…….aku tidak berdaya menahan amarah hatiku… aku tidak mampu melawan gelojak nafsu yang membara…..aku tidak bisa melawan kehendak hati yang selalu bertingkah…Maka kau persiapkanlah daku dengan keteguhan iman dan kemantapan taqwa…..jernihkanlah hubungan ku dengan semua insane yang pernah aku kenali.Hindarkanlah kami dari azab api nerakamu…….pertemukanlah kami semua di gerbang Syurgamu…Aku ingin kami semua bertemu dalam cinta dan Rindu PadaMu……..Amin…”

Subuh hening itu……..air matanya tumpah dengan lebat sekali……alunan ma’thurat menjadi terlalu pilu untuk didengari……kesilapannya menjadi penyiksaan dalam hati…..Kesalahannya menjadi penggodam dalam jiwa……Insan yang dia mulai benci dulu…kita turut berada dalam bulatan halaqah tersebut. Turut sama mengalunkan zikir yang indah tersebut.Saat Amil menlafazkan Amin……saat itu juga hatinya terasa sedikit lapang…..Allah masih mengizinkan dia mengucapkan kalimah zikir dsalam hidupnya……tiba- tiba ……………………………

“Assalamualaikum…Zan…….Anta apa khabar…..Ana harap anta sihat?”…….diatidak berupaya membalas salam Ilham……hanya tangannya yang erat memaut pergelangan Ilham.Air matanya terus menitis. “Sahabatku….kenapa dengan air mata anta…….tidak sukakah anta menghadapi sobah yang hening ini? “

“Ilham…..kalau bisa ana jeritkan pada alam ini..ana ingin sahaja khabarkan…kesyukuran ana yang tidak terhingga di atas kesempatan hidup ini ….tetapi ana tidak bisa…tidak bisa…kerana ana adalah insane berdosa……insan berdosa kerana……memulakan bara sengketa….Ana malu untuk memohon ampun darinya……ana tidak tahu bagaimana…ishk!!!Ishk!!!!” dan dia terus menangis…….

“Tak payah nangislah…buruk muka tu.”Ada suara datang dari belakangnya …..suara yang amat dia kenali. “Zan…..” dia menhadap tubuh Abang fahmi….. “Abang Fahmi harap Zan dapat maafkan abang Fahmi atas segala…………kesalahan Abang fahmi”…… dia hanya mampu menangis……sedu-sedannya sahaja yang kedengaran….. “Maafkan abang fahmi ya…….Sobahul khair my dear…”…….dan Abang fahmi terus menariknya kedalam pangkuan erat bersulamkan kemaafan…… Aku membals pelukannya dengan titisan air mata yang masih berjuraian……………………….. “Sobahan Nur My Love.……sahabatku….Syukran”.

Dan air matanya terus……………terus……………….dan terus menitis………………………………

No comments:

Post a Comment