Monday, August 31, 2009

ABRAHAH KEDUA

Arus kemodenan memanjakan jiwa pemuda harapan bangsa

Derap teknologi mengeraskan denyutan kesedaran

Selaput kemungkaran melindungi jenayah yang bermaharajalela

Sedangkan islam tidak dijaga bahkan dicaci tiada terbela

Umat sekarang kosong dan lengang

Ketandusan semangat dan kekuatan yang pernah tersarung

Pada pedang Umar dan pekerti Abu Bakar


Bangkitlah duhai mujahidin yang sedang diserang lena

Bangsamu dulu bermaruah berdiri megah

Kini hina dan jelik masyarat benci dan jijik

Mana janji untuk terus bangkit mempertahankan panji

Siapa berani tampil kotakan madah puisi


Abrahah kedua , legasi barat sedang persiapkan gajah teknologi

Kerana dendam kegagalan di kota Makkah

Masih membara kesumat , menyala amarah

Hancurkan kaabah manusia agar hilang kiblat

Tiada lagi tempat untuk bersujud ,mengadu meminta merayu


Jangan risau tentera abrahah sekalian

Kali ini, burung-burung ababil takkan hadir

Kerana bangsa lemah itu sendiri yang memadamkan

Batu-batuan merah dari lantai neraka

Yang mana dulunya itulah senjata pemusnah kita


Dewan Siswa Ogos 2008

No comments:

Post a Comment