Sunday, October 11, 2009

dan nisan putih itu

dan nisan putih itu

hari ini ada kematian lagi
ada insan telah pergi menemui Ilahi
meninggalkan dunia yang tiada makna lagi
hari ini ada kematian lagi
ada hayat yang telah terhenti
membiarkan urusannya di dunia ini
hari ini ada kematian lagi
ada nafas sudah tidak berdegup lagi
melupakan udara dunia sebelum ini

nanti akan terdengar tabuh berbunyi
seperti genderang perang dinihari
manusia-manusia berkopiah memunculkan diri
yang dikuburan mula menggali
yang di rumah mula bertalkin untuk si mati
ada sanak saudara bertangisan sesama sendiri
ada handai sedih dan sendu di dalam hati

mati itu hari ini mula berbicara pada manusia
yang masih lagi diberi peluang melihat dunia
aku adalah makhluk tuhan yang Esa
di utus kebumi untuk memburu nyawa
memisahkannya daripada jasad manusia
mengakhiri hayat di dunia yang fana
membawanya menuju ke alam yang baqa

itulah erti fulan itu takkan dapat kembali
tak bisa bertani amalan peribadi
untuk dipetik di ladang ukhrawi
maknanya dirinya itu sangat rugi
kerana di dunia tadi dia tidak sempat membersihkan diri
daripada kotor maksiat yang menghitamkan hati

lekaslah manusia yang masih bernyawa
kumpullah amalanmu seberapa banyak yang bisa
agar nanti di mahsyar kau punya khazanah berharga
melindungimu dari dijamah neraka
dan nanti nisan putih itu nanti
bila tiba hari ada kematian lagi
kiat semua bisa insafkan diri
sedar akan hakikat hidup di dunia ini
hidup panjang belum tentu lagi
tapi mati itu ternyata sudah pasti

ditulis sempena mengingati akan hakikat kematian yang tidak dapat dijangka manusia. Semoga setiap yang telah pergi itu digolongkan Allah dalam kalangan yang Mukmin dan solihin.

'seiap yang hidup itu pasti akan merasai mati'

No comments:

Post a Comment