Friday, September 4, 2009

Demi Cikgu Sarah


Dia budak baik .Berpekerti mulia.Namun dia lemah.Seorang lelaki yang hanya mampu menangis bila dirinya menjadi bahan ketawa dan usikan senda gurau orang lain..Dia tidak pernah berdendam apatah lagi mahu membalas kesemua mehnah yang menimpa dirinya. Dia tahu Allah belum lagi mencampak hidayah kepada teman-teman dan sahabatnya itu.Suatu hari nanti, pasti kesedaran akan singgah dan dia hanya menanti detik impiannya direalisasikan.Hatinya tidak putus-putus berdoa agar nur keimanan membelai sayang jiwa mereka.


“Zam hari nie kau nak ikut aku tak?Kita pergi kacau budak air mata tue hari nie.” Rafiki mengajak temannya yang sebulu dengannya.


“Aku ‘on’ aje.Kau tue yang banyak kerja.Itulah, inilah, kerja tuelah, kerja nielah.Bosan aku tau.” Haizam menyatakan persetujuan sekaligus memperkena Rafiki.


“Tuelah kau, akukan best student aliran kita.Memang patut aku sibuk. Eh, kau dah siap dah ke kerja Prinsip Akaun yang Teacher Sabariah beri tue ?” pulangan paku buah keras Rafiki disusuli soalan.


“Tak lagi.Nantilah. Aku malaslah nak buat.Susah dan meneyerabutkanJomlah kita pergi.Aku dah tak sabar dah nak tengok drama air mata lakonan budak lembik tue.”


Lampu hijau dari mulut Haizam sudah lama menyala menanti enjin kereta Rafiki bergerak.


“Jom”. Lantas keduanya bertapak menuju ke arah Nasrul Imran yang sedang khusyuk menelaah buku Biologi. Dia tersentak pada hentakan yang separa kuat yang singgah membaham mejanya.Tangan jahat itu beralih pula, menunjal kepalanya. Sakit namun dipendam sahaja.Hatinya berdebar.Ujian Biologi bakal berlangsung selepas rehat.


“Hei, Nas! Bagusnya kau.Aku tak pernah jumpa orang sebaik dan serajin kaulah.” Rafiki memuqaddimahkan usikan. Nasrul Imran senyap , terus-menerus menatap kitabnya itu.Dia malas melayan.


Rafiki geram tatkala usikannya tidak diendahkan Nasrul Imran. Geram dan marah mula bertunas. “Nas, kau ada test ke lepas nie?Tak payahlah kau nak study.Kau kan dah excellent.Tak gitu, Zam” Usikan Rafiki semakin lantas tangannya merampas buku Biologi tersebut lau dibaling kerah Haizam Mustafa.Sekelip mata buku yang tidak bersalah itu menjadi bahan mainan dan tanpa sesiapa menduga , kelas tingkatan Lima Bestari menjadi gamat, segamat Pelabuhan Kelang.


“Korang, bagilah balik buku aku.Aku tak kacau korang pun.Aku ada testlah lepas nie.Bagilah buku tue kat aku balik.” Nasrul imran mengadu sambil cuba meraih kembali buku tersebut namun semakin cuba dia , semakin galak dia disendaguraukan. Hatinya pedih dan sakit lantaran tiada seorang pun yang sudi membantunya daripada kenakalan teman-temannya itu.


“Hei, Nas!Jangan haraplah kau nak dapat balik buku kau tue.Nanti tengoklah.Aku doakan kertas biologi kau tue mesti Teacher Hayati kasi telur ayam yang paling besar dalam dunia.Ha!Ha!Ha!” Noraini Najihah yang juga sekepala dengan Rafiki menyindir. Sindiran tersebut memecahderaikan tawa sekelas. Gemanya memukul gegendang pelajar kelas lain.

Buku Biologi tersebut masih lagi dibaling ke sana kemari seperti bola. “Janganlah buat aku macam nie.Kesianlah kat aku.Aku nak study nie.Jangan kacau.Nanti karang ishk…. nanti aku nangis nanti….ishk ..ishk” Air mata Nasrul Imran tidak tertahan lagi.Akhirnya mutiara jernih itu merembes juga keluar. Memang dia kalah pada tangisan.


“Hei, kawan-kawan., Nas nangislah! Kesiannn!” Tempik Rafiki. “Booooo” Serentak gema sindiran tersebut menambah lagi esak tangisan Nasrul Imran.Sambil menangis , Nasrul Imran mendongak.dia melihat Rafiki cuba menyambut buku tersebut.Lantas Nasrul dengan pantas menendang kaki Rafiki.Dia jatuh terduduk.Buku biologi tersebut hinggap jatuh ke atas lantai.Belum pun sempat Rafiki berdiri, mahupun Nasrul Imran berlari mendapatkan bukunya itu, Suara kuat seseorang memenuhi ruang kelas tersebut.


“Semua diam!!! Duduk tempat-masing-masing!!!!” Lantang jeritan itu menghambat sekelas ke tempat masing-masing.Kegerunan bercambah dalam diri.Bulu ayam yang tersemat kemas dalam genggaman Cikgu Sarah itu menyebabkan masing-masing menelan air liur ketakuatan.Setelah semua orang selamat bersemadi ditempat masing-masing, barulah Cikgu sarah memulakan bicaranya.Rafiki Tarmizi mengepal penumbuk. Nasrul Imran teresak.


“ Apa yang terjadi?Ada sesiapa yang boleh beritahu saya? Nazim? Lukman?” Lancar sahaja pertanyaan itu keluar dari mulut Cikgu Sarah. Wajah bersihnya itu berkerut menahan marah.Jubah hitam dan tudung labuh putihnya tidak mampu membendung gelora perasaannya. Namun begitu, hanya kesuyian sahaja yang menjadi jawapan.Tiada sesiapa yang berani mengungkap kata-kata.Aapatah lagi mahu bersuara membela kebenaran.Masing-masing lebih memilih untuk membatukan diri.Serentak dengan itu, Cikgu Sarah sudah hilang sabarnya, apatah lagi mahu membazirkan masanya menunggu mulut-mulut pengecut itu bersuara, lantas melepaskan libasan rotan dengan kuat di atas meja di hadapannya. ‘Biar mereka rasa.’

“Pranggg!!!!!” “Cepat! Siapa boleh beritahu? Saya ada kelas pula lepas ni!” Bagai halilintar perintah itu kedengaran.Perilaku Cikgu Sarah kali ini membunuh keberanian para pelajar kelas tersebut. Tiba-tiba tanpa semua menduga, ketua kelas tersebut, Faizal Hakimin mengangkat tangan.Menyerah dengan tuntutan keadaan.Dia bersedia mendedahkan segalanya. Cikgu Sarah yang menyedari akan Faizal Hakimin terus bersuara.Faizal pula terus menceritakan segala kronologi insiden tersebut. Setelah habis rahsia terbongkar barulah dia duduk.Nasrul masih menangis.Menangis tanda kesal akan apa yang terjadi.Muka Rafiki pula merah padam, menahan amarah.Dia tahu, selepas ini pasti denda akan menemuinya.

Petang damai itu nampakknya keruh dengan kesumat dendam oleh Rafiki.Kesan malu akibat denda berdiri di tengah padang itu akan terus meninggalkan titik hitam dalam hatinya.Dia bersumpah untuk menebus kembali maruahnya yang telah tercalar oleh seorang budak lelaki lembik bernama Nasrul Imran.

Pangkin di bawah pohon Mangga di hadapan rumanya menjadi destinasi. Angin sepoi-sepoi bahasa ciptaan Yang Maha Esa , bertiup dengan tenang itu tidak mampu untuk meredakan kepanasan hati Rafiki.Mindanya sarat mengatur rancangan untuk membalas kembali kekalahan itu.Pabila Iblis menguasai diri, sudah pasti hanya yang kelam sahaja terpancar pada jiwa.Dari jauh kelibat Haizam dan Noraini Najihah menuju ke rumahnya.

“Ooii, Apasal kau nie Fiki? Aku tengok aku nie macam kera kena belacan aje.Kau marah pasal denda hari tu ke?” Pura-pura tidak tahu, Haizam bertanya. Rafiki merasa terganggu dengan soalan bodoh tersebut.Dia lantas merenung haizam tajam.Perasaan meluat terpancar pabila bibir Haizam mengukir senyuman sinis.Sikunya pantas berlaga dengan siku Haizam.

“Woii, apa nie? Sakitlah.”Balas Haizam sambil mengusap sikunya.Mukanya masam .Tidak pula dia memarahi Rafiki kembali. “Kalau ya pun, janganlah marah sangat.Kita kan kawan.Kau susah, aku susah jugak.Tak gitu?” Tokoknya lagi.

“Kawan? Tahi kucing punya kawan.Siapa kawan kau? Eh!!!Kalau kau kawan aku, kau tak lari tau masa Cikgu Sarah marah aku hari tu.Pulak-pulak kau siap ketawa lagi masa aku kena denda.Memanglah, sakit betul ada kawan macam kau nie Haizam.” Rafiki menempelak.Sudah lama dia memendam rasa sakit hatinya terhadap Haizam.Tidak pernah setia.Selalu memikirkan akan hal sendiri sahaja.

Noraini yang sedari tadi membisu , tidak bersuara sekadar terangguk-angguk sambil matanya memandang ke arah Haizam yang masih mengusap sikunya. “Ahhh!!! Kau pun sama aje Eni. Bukkanya kau nak bela aku hari tu.Senyap aje bila Faizal tak guna tu bersuara.Bisu macam tunggul kayu aje.Masa aku kena denda ,tak pulak kau ketawa sekali dengan Haizam?Tengkorak punya kawan!!” Pedas sekali sindiran Rafiki.Dia menghembus nafas kasar dengan kuat.Melepaskan segala amarah yang terpenjara dalam dadanya.

Noraini sekadar tersenyum mendengar sindiran Rafiki. “Alah Fiki.Bukannya aku tak nak tolong kau, tapi aku takut Cikgu marah. Lagi pun apa Cikgu dengan orang lain akan kata kalau aku bela kau? Maaflah ya.” Suara Noraini sengaja dimanjakan.Lantas sebuah senyuman dihadiahkan ke arah Rafiki.Dia tahu, pasti senyumannya bisa mencairkan hati seorang Adam, apatah lagi lelaki selemah Rafiki. Petik jari aje.

“Fiki, kau nie tak ada nak buat apa –apa ke?Takkan kau nak lepas aje Cikgu Sarah dengan Nas tu macam tu aje?” Ada hasutan yang terlindung di sebalik pertanyaan itu.Dendam dalam hati Rafiki terus subur. Kemudia dia tersenyum.Noraini dan Haizam keliru akan senyuman itu. “ Korang Jangan risau.Segala jerat dan perangkap sudah aku siapkan untuk mereka” Rafiki berkata dengan seulas senyuman yang sarat kebencian.

Semenjak peristiwa tersebut, hubungan Nasrul imran dan Cikgu Sarah menjadi semakin rapat.Cikgu Sarah bukan sahaja menjadi tempat rujukan Nasrul setiap kali dia berhadapan dengan masalah dalam pembelajaran bahkan di kala dia di landa kemelut, Cikgu Sarah pasti menerima kunjungan daripada Nasrul.Dia tempat bermanja,Dialah tempat mengadu untung nasib, diceritakan segala masalah dan kekusutan jiwa.

Cikgu Sarah pula pandai memainkan peranan.Dia bijak menawan hati Nasrul Imran yang baru mula mencecah ke alam realiti.Setiap kali meraka bertemu, pasti ada sahaja nasihat yang diamanahkan kepada Nasrul untuk diamalkan. Kesudiannya untuk berkongsi masalah membuatkan Nasrul semakin kerap bertemu dan bercerita kepadanya setiap kali mereka bertembung.Cikgu Sarah juga tak jemu-jemu menyuburkan keimanan dalam jiwa anak muridnya itu.

“ Nasrul, Hidup kita dalam dunia ini hanya untuk menjadi hamba Allah.Sebagaimana firman Allah dalam Surah Adz-dzariat ayat 56 yang bermaksud ‘ dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah’.Jadi segala apa yang Allah suruh dan Allah larang kita kena ikut dan patuh tanpa berbelah bahagi.” Cikgu Sarah menasihati Nasrul tanpa rasa bosan.

“Cikgu, Allah suruh kita buat apa?”Banyak ke benda yang Allah suruh?” Seakan seorang kanak-kanak kecil dia bertanya.

“ Banyak sangat, Nas.Allah suruh pun banyak, yang Allah larang pun banyak.Kalau dihitung tak terkira banyaknya.Sampaikan kita sendiri tak menang tangan untuk melaksanakan semuanya.Allah suruh kita belajar,Allah suruh kita bersahabat, Allah suruh kita berbuat baik sesama manusia dan macam-macam lagi.Subhanallah,Indah sungguh Ciptaan Allah untuk kita dan segala perintah dan larangannya pasti berhikmah.”Basah Lidah Cikgu Sarah dengan zikir.

“Habis tu, kenapa Fiki dan Haizam suka sangat kacau Nas.Aapa saja yang Nas buat mesti mereka nak kacau.Sakit hati Nas kadang-kadang.Dia tak buat pun apa yang Allah suruh, macam yang Cikgu cakap tadi?”Sekali lagi Nasrul Imran bertanya bagaikan anak kecil.Cikgu Sarah mengerti gelodak rasa Nasrul lantas menjawab.

“Tak baik Nasrul rasa sakit hati macam tu.Kan Allah ada.Pasal fiki dan haizam tu, itu tandanya Allah masih lagi belum beri hidayah kepada mereka.Allah juga nak Nasrul imran bantu fiki dan haizam untuk mendapatkan hidayah Allah tu.Kan kita kena sling mem,bantu antara satu sama lain.Apatah lagi sesama muslim.Nas fahamkan apa yang cikgu cakap.Biar kita semua sama-sama atas landasan hidup yang betul.” Tenang dan lancar bicara itu.Nasrul mengangguk. “ lagipun, kan saling memperingati itu satu kewajipan orang muslim?” Cikgu Sarah terus memancing minat Nasrul.Nasrul tersenyum tanda mengerti.

Hari demi hari, hidup Nasrul Imran semakin bermakna.Jiwanya yang kosong terisi dengan cahaya iman.Hatinya yang gersang subur dengan taqwa.Dadanya yang sunyi terasa berpenghuni, dihuni oleh ketenangan oleh nasihat dan bicara peringatan Cikgu Sarah.setiap kata-kata penyuntik semangat itu tertanam jauh di dalam sanubarinya.Mindanya sarat dengan tasbih, lidahnya basah dengan zikir, mengingati Allah dan kebesarannya.

Konsentrasi dan pencapaian Nasrul dalam bidang akademiknya pula semakin memberangsangkan .Meskipun ada kedengaran suara-suara menyindir namun dibiarkan sahaja mulut-mulut itu letih.Dia masih ingat salah satu pesanan Cikgu Sarah.

“ Nas, bila saja ada yang cuba jatuhkan semangat Nas, yang cuba mengata Nas, menyindir Nas.Jangan marah ataupan membalas balik kata-kata mereka tapi ucaplah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.Biarlah Allah yang membalas perbuatan hambanya. Tugas kita adalah sebagai penyeru, bukan penghukum.Hanya Allah yang layak menghukum kerana semua manusia itu adalah miliknya.”

Narul Imran sedar betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang penyeru dan Da’i.kini dia nekad untuk menyeru Rafiki dan rakan-rakan lain mengingati Allah.

Hari ini, saat ini, tiada sesiapa pun di kelas.Semuanya masih lagi berlengah-lengah kembali ke kelas daripada perpustakaan.Sunyi dan hana.Hanya kedengaran bunyi bising dari kelas lain.Nasrul meraba dalam begnya yang terletak di bahagian belakang.Dia mencapai dua pucuk surat lalu memegangnya.Dia menatap penuh pengertian dan pengharapan.

“Ya,Allah semoga dengan adanya surat yang aku karang untuk Rafiki dan haizam ini,Kau tunjukkanlah jalan yang lurus buat mereka.Aku tidak rela andai aku dimasukkan ke syurga sedangkan mereka kau campakkan ke neraka.Biarlah kami bersama menggapai redhamu Ya Allah.’ Doa Rafiki dalam hati.

Dia melangkah ke meja Rafiki.Surat yang dikarangnya semalam sarat dengan bunta-bunga persahabtan dan nasihat, ingin diletakkan dalam beg mereka.Namun setibanya dia ada sesuatau yang menrik perhatiannya.sehelai kertas kumal yang terselit di bawah buku Matematik, satu pesanan.Pesanan bagi satu komplot dan rancangan jahat.

‘Zam, lepas ni, masa nak balik nanti, Cikgu Sarah akan bawa kotak banyak, sebab dia nak kena bawa balik banyak barang.Dia letak kereta dia jauh dalam garag tepi pagar.P injam kereta kau, kita langgar dia bila berpeluang.Biar mampus Cikgu tu.’ Tertera di penjuru pesanan itu nama Rafiki.

Dada Nasrul Imran diserbu debar dan resah.Dia terketar-ketar.Ketakutan menguasai segenap ruang hatinya.Apakah ini komplot untuk membalas dendam kepada cikgu Sarah atas denda tempohari?sememang dia sudah menjangka perkara ini bakal terjadi mengenangkan perangai Rafiki yang sangat suka berdendam.Debaran kencang menyerbu dada Nasrul Imran.’Ya Allah peliharakanlah Cikgu Sarah walau di mana sahaja dia berada.Jangan biarkan musuh-musuhmu menghalang perjalanan dakwahmu dari terus tersebar ke pelusuk bumimu.Jangan kau menangkan musuh-musuhmu.’ Doa Nasrul Imran dalam hati.Dia tahu dia harus bertindak segera dengan mengkhabarkan berita itu kepada Cikgu Sarah dengan segera.Namun belum sempat dia membuka langkah , kelibat Rafiki dan dan Haizam sudah sedia tercegat di belakangnya.Dengan senyuman yang sinis serta sengih umpama kerang busuk terpamer pada air wajah mereka yang penuh dengan dendam kesumat.Rupanya sedari tadi , dia telah diperhatikan oleh kedua-dua musuh Allah itu.Ya kini, mereka merupakan musuh Allah.Musuh Allah adalah musuh Islam dan itu bererti mereka juga adalah musuhnya.

Nasrul Imran nekad.Segala kekusutan dan komplot ini perlu dileraikan.Bukan soal siapa berani atau tidak namun itulah hakikatnya.Dalam situasi ini, dia perlu berani bersuara.

“Fiki.Apa maknanya semua ini?Kenapa awak nak buat macam tu pada Cikgu sarah?Apa Salah dia?” Bertalu-talu soalan.Namun wajah Rafiki tetap selamba. “Apa kau sibuk?Jangan nak tunjujk herolah kat sini.Biarlah mampus dengan Cikgu Sarah tu.Kalau kau nak tahu, aku nie memang dah lama benci kat cikgu Sarah kesayangan kau tu.Lebih-leboh lagi bila di a denda aku hari tu.Aku malu kau tahu tak.Malu!!! Kalau kau , kau malau tak??”Tempelak umpama halilintar membelah bumi itu ternyata menyebabkan lidah Nasrul imran kelu.Haizam masih setia menjadi pemerhati.Tidak pula di mahu mencelah kata-kata rafiki.

Nasrul Imran mengucap panjang.Baru sekarang dia menyedari ada musuh dalam selimut selama ini.Ada dendam dalam diam.Dan dia tak akan membiarkan bara dendam itu memuntahkan lahar baranya.Dia pantas berlari keluar.Namun dia sempat dipegang oleh Rafiki dan Haizam serentak.Pintu kelas dihempas .Tiada sesiapa yang bakal menyaksikan adegan panas ini.

“Lepaskan aku.Lepaskan aku!Biar aku pergi”.Ronta Nasrul Imran.Namun pegangan Rafiki dan Haizam ternyata lebih kejap dan kuat.Dia tak mampu untuk melepaskan diri. “Kau nak kemana hah?Kau nak pergi report kat Cikgu kesayangan kau tu ke?Hah!Hah! Jangan haraplah kau dapat pergi.Kalau kau nak sangat, ini yang akan kau dapat.” Nasrul Imran dilepaskan tersembam di atas lantai simen.Rafiki dan haizam berundur beberapa langkah dan Rafiki terus mengeluarkan sebilah pisau daripada koceknya. “Ni, Nas! Kau nak benda nie?” Semakin galak Rafiki menayangkan pisau tajam itu di hadapan Nasrul imran.Darah Nasrul Imran tersirap.Namun ketakuatan itu sirna.Berganti keberanian.Dia bangkit dengan nekad.

“Kau,dulu kau, Rafiki Tarmizi yang aku kenal.Tapi sekarang nie, kau bukan lagi.” Rafiki dan Haizam mengerutkan kening. “Kau tahu kenapa? Sebab sebelum nie kau memang nakal.Tapi kenakalan kau terbatas.Kau masih lagi sayang pada orang lain meskipun kau benci aku.Tapi sekarang nie kau sanggup membunuh.Membunuh orang yang paling baik.Kenapa?Kenapa kau nak bunuh sangat Cikgu Sarah tu?Apa dosa dia, dia tak ada dosa pun dengan kau.Kau tahu tak kalau kau bunuh orang kau akan masuk penjara.Kau tak kesian kesian ke kat mak ayah kau bila kau kena masuk penjara nanti?”

Mulanya Rafiki dan Haizam terkejut namun mereka pantas tersenyum. “Nampaknya anak mak kita nie, sudah mula tunjuk jantan.Baru kali ni aku tengok kau jadi pahlawan, Nas.Tak sangka juga ana iras-iras Hang tuah juga kau ni ya” Rafiki kemudian ketawa terbahak-bahak.Haizam dan Nasrul pula yang kelihatan bingung.Tawa Rafiki terus-menerus kedengaran. Mereka terus menanti sehingga ketawa itu menemui titik noktah.

Tiba-tiba ketawa itu terhenti dan anak mata Rafiki tepat dan tajam merenung ke arah Nasrul Imran.Ada bara yang terpancar dalam tenungan itu.

“Kau nak tahu, aku geram dan sakit hati kat dia.Sebab dia, aku malu.Kau tahu.Aku malu sangat.Satu sekolah kenal muka aku nie tau.Muka Rafiki, seorang yang suka cari masalah.Mak ayah aku marah.Sakit hati aku.Kau!!! Disebabkan dia, kau bahagia, kau senang.Prestasi kau meningkat.Pelajaran kau naik.Ada orang yang nak bagi motivasi kat kau sedangkan aku tiada sesiapa pun nak dekat.Semua ingat aku nie samseng.Rafiki, kaki pukul.Kaki buli.Aku tak suka.Aku cemburu dengan kau.Kau dapat segalanya.Sedangkan aku tak.” Rafiki terduduk setelah menghamburkan segala apa yang memenuhi ruang hatinya itu.Ada tangisan kecil yang disembunyikan di sebalik wajah yang tunduk itu.

Nasrul Imran mengucap panjang.Baru dia tahu akan kebenaran itu.Rupanya hati sahabatnya itu meronta mahukan perhatian.Mahukan sinar keinsafan.Namun keadaan sekeliling seakan menghukum dirinya sehingga dia mahu menghukum manusia di sekelilingnya dengan hukuman ciptaannya sendiri.Ya Allah betapa tingginya kuasamu.Sedangkan hambamu ini tidak ampu untuk menjangkakannya.

Haizam pula seperti tidak percaya akan apa yang telah berlaku.Kini, di hadapannya ,Rafiki seorang Otai yang sangat hebat, tunduk dengan baki air mata di hadapannya. Baginya, air mata merupakan satu kekalahan.kekalahan yang tidak mungkin dapat dibetulkan lagi.Tewas dan akan terus tewas.

“Aku tak kira.Aku akan tetap bunuh cikgu keparat tu.”Tiba-tiba Rafiki bersuara.Nasrul tersentak dengan ucapan itu.Belum sempat Nasrul bertindak, Rafiki terlebih dahulu bangun dan seperti mahu menuju ke arah pintu.Namun Nasrul lebih cepat menahannya.

“Tunggu dulu Rafiki.Aku minta maaf akalau selama ini aku asyik fikir yang kau ni memang jahat.Tapi aku berniat baik untuk berkawan denga kau.Aku...”Belum sempat nasrul menghabiskan ucapan itu. “Ahhhh!!!Sudahlah tu.Kau dengan Cikgu kau tu memang macam tu.Aku tak kira.” Ternyata kemarahan kembali merajai Rafiki.

“Okey, kalau kau nak bunuh dia, kau langkah mayat aku dulu!” Nasrul tunjuk berani, mencabar amukan Rafiki.Rafiki menangguk seraya tersenyum sinis. “Okey kalau itu yang kau mahu.” Ada nekad di situ. Maka dengan itu, berlakulah satu pergelutan diantara pahlawan kemarahan juga pembela kebenaran.Antara rasukan dendam juga waras keimanan. Tiada sesiapa yang nampak.Tiada sesiapa perasan mahupun sedar akan pergaduhan ini.

Haizam sudah lama menghilang.Dasar penakut, itulah Haizam tidak kenal erti setia. Penting diri sendiri. Dia tidak mahu terlibat dengan apa yang berlaku.Biarlah mereka yang menanggungnya. Namun siapa sangka.Ternyata kudrat Nasrul tidak mampu menandingi kehebatan Rafiki.Pergelutan itu terus berlangsung dan Rafiki terus-menerus membelasah Nasrul.

Cikgu Sarah berjalan dengan tertib menaiki tangga.Dia kelihatan ayu dengan Jubah berwarna biru gelap juga Tudung labuh warna Ungu. Hatinya sentiasa berzikir dan kesan zikir itu terpamer pada redup pandangan matanya.Lidahnya Basah dengan tasbih sementara anak kakinya memijak tangga satu persatu.Dia menapak ke satu destinasi dengan dua tujuan.

Dia tangannya kini terdapat dua pucuk surat.Satu surat untuk Rafiki dan satu surat lagi untuk Nasrul imran.Dia tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar Dia mencampakkan hidayah kepada kedua-duanya.Hidayah keinsafan kepada Rafiki dan cahaya Istiqomah ke atas Nasrul Iman.. Kesejahteraan mereka juga menjadi antara intipati doanya saban waktu.

Sedang dia membelok ke laluan kiri di tingkat dua blok D, matanya melihat sekelompok pelajar sedang berkumpul di hadapan makmal sains.Dia lantas terus menuju ke destinasinya tanpa mengetahui bahawa pelajar-pelajar itu merupakan rakan sekelas Rafiki dan Nasrul yang lain. Encik Bahar, sedang menyatakan sesuatu kepada mereka tanpa kehadiran Nasrul Imran, Rafiki dan Haizam.Tiada sesiapa sedar ketidakhadiran mereka.

Cikgu Sarah melintasi beberapa buah kelas.Namun semakin hampir dia dengan tempat yang dituju, rasa tidak sedap hati mengetuk pintu perasaan.Resah dan gelisah merobek kedamaian. Ada sesuatu tidak enak sedang berlaku.Namun dia tidak tahu mengapa perasaan itu, menjelma saat ini. Dia lantas teringatkan Rafiki dan nasrul. ‘ Masyaallah. Ya, Allah kau lindungilah ,mereka daripada segala mara bahaya dan perangap syaitanmu ya Allah’ doa Cikgu Sarah tidak putus-putus.Dia mempercepatkan langkah.

Kini, pintu kelas mereka tertutup.Seakan tidak berpenghuni.Cikgu Sarah terus beristighfar. Dia mendekati kelas itu lantas membuka pintu. Saat matanya menangkap pemandangan di dalam, Dia mengucap panjang.Langkahnya kematian jejak.Dia terkejut dengan senario itu.Kalimah istighfar tidak kering daripada bibirnya.

“Nas, kau nakkan.Kau kata kalau aku nak bunuh Cikgu Sarah aku kena langkah mayat kau dulu.Sekarang nie aku akan langkahkuburkan mayat kau sekaligus.Terimalah. Rasakan.!!!” Rafiki, sedang memegang kolar Nasrul yang disandarkan ke dinding dalam keadaan berdiri sementaranya tangan kirinya menghunus sebilah pisau. Kelihatan wajah Nasrul lesu dan ada darah yang berbekas di wajah itu.Wajah orang baru dibelasah.Rafiki pula nekad mahu membenamkan senjata itu ke tubuh Nasrul.

“Jangan Rafiki.Jangan bunuh Nasrul.Jangannnnnn!!!!!!!!!!!” Cikgu Sarah menjerit melihat keadaan itu.Dia berlari menerpa ke arah Nasrul.Buku di tangan dilepaskan berselerakan di atas lantai.Hanya surat itu yang terus berada di dalam genggamannya.

“Tidakkkk!!!”Nasrul ditolak dan pisau yang terhunus itu menembusi ke dalam tubuh Cikgu Sarah tepat di bahagian dada.Darah merah pekat memancut keluar.Sakit yang dirasa tidak terperi.Mata Cikgu Sarah terbelalak.Tiada suara yang keluar daripada mulut Cikgu Sarah yang ternganga luas tanda kesakitan gamitan Izrail tiada terperi. “Nass..To...tolong...cik...cikgu.....” hanya itu yang keluar dari mulut Cikgu sarah sebelum tubuhnya jatuh mencium lantai.

“Cikgu..................!!!!” Nasrul menjerit melihat guru kesayangan menjadi mangsa dendam dan kebencian.Air matanya menitis laju tatkala cuba mengengsot menghampiri tubuh Cikgu Sarah yang sudah terbaring. Rafiki tidak terkata.Dia benar-benar terkejut dengan kejadian yang tidak disengajakan itu.Ketakutan terhadap polis, penjara dan hukuman tali gantung membayangi matanya. Peluh renik memercik ke wajahnya.Dia terduduk berhampiran dengan Cikgu Sarah. “Maafkan saya Cikgu......”.

Tangisan dibawa bersama tatkala menatap wajah guru kesayangannya itu.Air mata terus mengalir.Darah pekat membanjiri sekeliling. “Cikgu.....ishk...ishk......cikgu....” Nasrul terus meratap.

“Nas....ja..ga diri ...kamu...ja...jaga Fi...Fiki juga ya.Cik...cikgu sayang kamu.Ja...jangan ...lupa...Allah...sentiasa menyayangi kamu......Maaf....kan Cikgu...kalau selama ini....cikg u banyak .....menyusahkan kamu.......doa..doakan cikgu....ke syurga ya.......” tersekat sekat ucapan itu.

Esakan Nasrul semakin kuat. Tangannya erat menggenggam tangan cikgu Sarah yang semakin sejuk di rasakan. “Cikgu...Cikgu jangan pergi.Nanti siapa nak cakap dengan Nas.Cikgu jangan pergi.Ishk...ishk...Cikgu , Nas minta maaf kalau selama ini Nas banyak membebanan cikgu.Terima kasih sebab sudi kongsikan masa cikgu dengan Nas. Cikgu.....” Nasrul terus menangis sambil ribanya memangku kepala Cikgu sarah.

“Ini...ada..su..surat untuk.....Nas dan Fiki....Baca.....in......ingat Allah selalau.Al....Allah sayang Nas.....dan Fi...Fiki......Allah” Ayat itu bergema dan akan terus bergema dalam benak dan hati mereka. Tangisan Nasrul semakin teresak. Rafiki juga mula menangis.

“Lailahaillallah....mu....muham...muhammadurrasulullah....” Sejurus ayat itu dilafazkan. Kepala Cikgu Sarah jatuh terkulai. Tiada lagi denyut nadi. Tiada lagi desah nafas.tiada lagi bicara Nasihat.Tiada lagi peringatan. Yang tinggal hanya kenangan dan memori untuk mereka ingat dan terus kenang. Cikgu sarah telah pergi .Pergi menemui kekasihnya yang selama ini dirindui.Pergi bersama senyuman Mardhotillah. Nasrul tergamam.Tubuh Cikgu sarah digoncangkan. Tiada tindak balas. Darah terus mengalir.

“Cikgu...Cikgu........Cikgu!!!!Bangun Cikgu.......Jangan pergi....”Nasrul Imran terusan teresak dan menangis sambil memeluk tubuh bukan muhrim itu. Terlalu mahal rasanya harga sebuah perkenalan namun sangat murah pula harga sebuah ketentuan.. Suara –suara pelajar lain mula kedengaran.Ada yang menjerit.ada yang turut menangis. Namun nasrul mula mamai.

“Rafiki, inilah pengorbanan seorang guru yang mulia.Demi Cigu Sarah, berubahlah....”

Serentak dengan itu Nasrul turut sama rebah.Rebah ke bumi di atas jenazah Cikgu Sarah.

Dengan baki titisan tangisan bersama kerusi meja yang terus berselerak menjadi saksi pengorbanan seorang pendidik yang tak mampu dibalas dengan segunung permata mahupun selembah emas.

Rafiki terus menangis.Dia memeluk lututnya bersama tangisan yang terus mengalir.Benar-benar takut.Sesalan memenjara jiwa , menghukum tangkai rasa.

Kini, di tanah perkuburan . Dihadapan Pusara Cikgu Sarah , tanah basah yang masih berwarna merah.Selut dan lumpur masih terpalit pada cangkul.juga titisan hujan masih turun sebagai gerimis.Menemani Nasrul di hadapan kubur.Ada kesayuan yang terpncar pada wajah, ada kepiluan yang terpercik pada matanya. Wajahnya merah.matanya bengkak.Murah sungguh air mata di saat ini.

Baju melayu berwarna merah hati itu terus di lindungi sekaki payung yang menyelindungkan tubuhnya dari dihujani gerimis. Surat yang di amanahkan oleh cikgu Sarah masih digenggam.Belum dibaca kerana tak tahan menanggung kesayuan.Dan kini, biarlah di hadapan semangat Islam itu dia membaca wasiat Cikgu tercinta.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..........................

“Dan berpeganglah pada tali Allah dan janganlah kau berpecah belah”

Ke hadapan Nasrul Imran yang amat cikgu kasihi.Semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan redha Allah.Cikgu amat menyayangi Nas seperti mana Allah menyayangi setiap hambanya yang taat padanya dan bertaqwa padanya.Untuk siapa kita takut sebenarnya.Untuk siapa? Untuk Allahkah?kalau ya, maka usahlah gentar dengan badai mahupun taufan yang melanda kerana Kita Ada Allah sebagai pembantu dan pelindung. Kita ada doa sebagai Senjata.Kenapa harus ada ketakutan.Sungguh Mukmin itu sungguh istimewa bahkan tiada lagi golongan yang seistimewa mereka kerana dikala kesusahan menyapa hati, ada kesabaran yang bergema.Dan tiap kali menjelma kesenangan, kesyukuran pula bersuara. Dan setiap kali Nas rasa keseorangan , selalulah mendekati Allah.Melalui kunjungan solat, jambatan kalamullah dan pohonan doa.Allah takkan membiarkan hambanya yang mahu dekat padanya , jauh daripadanya.Tapi ingat ujian Allah satu rahmat.Kerana di sebalik semua ujian, itu terselit rahmat yang sungguh mengasyikkan.Sehingga kini, Cikgu mohon diri.Semoga Allah mengampunkan kesalahan kita bersama agar terus berada dalam dakapan redhanya.

Wassalam.................Cikgu Sarah.

Air mata Nasrul mengalir deras.Dia memeluk Nisan yang terpacak.menyapu dan mengusapnya.Biar Allah menjadi Saksi ikrar yang mahu dilafazkan.Semoga Allah terus istiqomahkan dia di atas jalan redha.


Rafiki pula dipenjarakan kerana kesalahan membunuh tanpa sebab yang munasabah namun begitu surat yang ditulis oleh Cikgu Sarah teluh merubah jiwanya.Dan setelah Tiga tahun penjara, dia dibebaskan kerana kelakuan baik.Dia berjanji sebaik sahaja melangkah ke dimensi kebebasan dia akan terus mencari Nasrul dan berada bersama Nasrul.Biar sejarah hitam yang pernah terpalit dalam hati bertukar menjadi kenangan yang paling manis untuk dikenang.Kerana disebabkan sejarah kepahitan itu, dia menjadi insan yang diserbu cahaya keimanan.

No comments:

Post a Comment